Wednesday, February 24, 2010

Pembayaran dan Penghantaran

Bagaimana anda boleh memesan (oder) barangan dari kami? Sila ikuti langkah-langkah berikut :-
1.Pesanan(oder)

Setelah menemui barangan yang ingin dibeli, sila hubungi kami melalui sms,email, sembang online (meebo atau yahoo mesengger) atau tinggalkan komen pada bahagian bawah halaman barangan tersebut dengan maklumat berikut:-

i.Nama anda
ii. Email/No Telefon (bagi yang memesan melalui komen)
iii. Kod Tudung dan kuantiti yang hendak dipesan

(email: sumayyah.fashion@gmail.com)
(sms: 019-9891212)
2.Pengesahan barangan anda

Selesai membuat pesanan, sila tunggu sms/email pengesahan dari kami mengatakan barangan yang ditempah ada dengan kuantiti yang diminta dan juga detail jumlah bayaran yang perlu dibuat (bayaran barangan dan bayaran perkhidmatan kurier penghantaran). Status pengesahan barangan ada/tiada akan dihantar dalam masa 24 jam.
3.Pembayaran

Setelah anda bersetuju dengan jumlah harga yang perlu dibayar. Pembayaran hendaklah dibuat dalam masa 4 hari dari tarikh pengesahan email/sms diterima.
Pembayaran boleh dilakukan melalui ‘bank -in’ atau ‘transfer’ ke akaun Maybank atau Cimb

No akaun Maybank: xxxx xxxx xxxx
Nama: Ahmad Bakhtiar Yahya


No akaun Cimb: xxxx xxxx xxxx xx
Nama: Ahmad Bakhtiar Yahya

(No akaun akan diberikan semasa pengesahan dari kami)

Sila email/sms kepada kami jumlah bayaran dibuat,nombor transaksi, tarikh & masa sebagaimana tercatat dalam resit, bersertakan nama penuh, alamat pos dan nombor telefon. Sila simpan resit pembayaran atm yang dibuat sehingga anda menerima barangan yang dibeli. Begitu juga, sekiranya pembayaran dibuat melalui’ online banking balance transfer ( CIMB clicks / Maybank2u), hantarkan butiran tersebut kepada kami dan sila simpan ‘printscreen’ transaksi bukti pembayaran sehingga anda selesai menerima barangan yang di beli itu.Sekiranya timbul sesuatu keraguan, pihak kami berhak untuk meminta anda supaya faxkan/email resit atau ‘printscreen’ transaksi tersebut sebagai bukti transaksi pembayaran .
4.Penghantaran

Penghataran akan dibuat dalam masa 24 jam setelah bayaran dibuat. Penghantaran akan dibuat menggunakan perkhidmatan Pos Laju yang mengambil masa 1-2 hari bekerja ke seluruh Malaysia. Email/sms mengenai no jejakan ‘tracking number’ Pos Laju (AWB NO) akan di sms/email kepada anda sebaik sahaja penghantaran ke Pos Laju dibuat. Untuk kemudahan anda, sila pastikan anda atau seseorang berumur 18 tahun keatas ada dirumah/(alamat yang dihantar) untuk tandatangan apabila barang tersebut sampai.

Perhatian:

o Jangan membuat bayaran sebelum menerima email/sms pengesahan dari pihak kami

o Setelah membuat pesanan, pastikan anda membuat bayaran dalam 4 hari dari tarikh pengesahan email/sms diterima atau pesanan anda akan terbatal secara automatik. Jika sekiranya anda masih berminat, anda boleh membuat pesanan semula tetapi tiada jaminan barang yang anda pesan sebelum itu masih ada.

o Kami menggunakan khidmat penghantaran Pos Laju untuk menghantar barangan yang dipesan kerana kemudahan ‘tracking online’ yang disediakan. Penghantaran menggunakan perkhidmatan selain yang dinyatakan boleh dirunding jika terdapat permintaan dari pelanggan.

o Anda dinasihatkan supaya memeriksa barangan dengan segera untuk memastikan barangan yang sampai adalah betul dengan pesanan anda. Sebarang aduan berkenaan barangan berkenaan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 4 hari dari tarikh anda menerima barangan. Kami menganggap barangan telah selamat sampai kepada anda selepas 4 hari berkenaan dan sebarang aduan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.(Rujuk : Jaminan Kepuasan Pelanggan)

Sila utarakan masaalah, aduan dan pandangan anda mengenai pesanan, pembayaran dan penghantaran menerusi komen di bawah ini, terima kasih.

No comments:

Post a Comment